LAMAN WEB RASMI
SMK BANDAR SUNGAI PETANI

Nobody Fails !!

PROGRAM SMKBSP TERKINI.......

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PSS CEMERLANG DAERAH KMY 2016 BERTEMPAT DI SMK BANDAR SG PETANI

"SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG "


Indah bicara, santun budaya,
Pemangkin kediri, maruah dijulang,
Mesra suara, salam bergaya,
Pasti bistari, warga cemerlang.

Ikrar guru-guru pendidik berjasa,
Visi dan Misi paling utama,
Berganding bahu tak kira bangsa,
Kejayaan dikecapi milik semua.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.