SMK BANDAR SUNGAI PETANI

Nobody Fails !!

ISTIMEWANYA PENGETUA

                Hjh. Hafsah Binti L. Hussin dilahirkan pada 10/10/1956 di Sungai Korok, Alor Setar, Kedah dan kini menetap di Kelab Cinta Sayang, Sg. Petani , Kedah. Beliau adalah isteri kepada Tn. HJ Mohamad Bin Zainol yang merupakan seorang pesara kastam. Hasil perkongsian hidup dengan Tn. HJ  Mohamad Bin Zainol, beliau telah dikurniakan 5 cahaya mata yang terdiri daripada seorang lelaki dan 4 perempuan. 

                 Sebagai seorang pengetua yang giat dan aktif dalam kerjaya beliau memang tidak pernah kenal erti putus asa. Ketegasan beliau dalam mentadbir sekolah memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau memulakan tugas dalam pendidikan pada 01/01/1981 dan dinaikkan pangkat pada 09/11/1981 .Seterusnya beliau dinaikkan pangkat dari DG 41 ke DG48 pada 16/12/2003 dan DG 52 pada 11/05/2008 dan seterusnya DG 54. Beliau juga dianugerahkan Pengetua Cemerlang pada tahun 2008.

                Beliau juga begitu cenderung dalam bidang penulisan dan juga mempunyai potensi jika bidang motivasi menjadi kerjaya beliau apabila bersara kelak.Kesungguhan beliau  untuk mendidik anak bangsa supaya berjaya dunia dan akhirat jelas terlihat apabila beliau tidak pernah jemu atau mengeluh dengan berbagai halangan yang dihadapi ketika menjalankan tugas.Beliau juga banyak menghasilkan buku-buku serta modul-modul Ilmiah berteraskan Agama  berpandukan Alquran dan Hadis sebagai bahan rujukan.
             
              Kecemerlangan beliau dalam mendidik anak bangsa patut dicontohi dan diambil iktibar oleh guru-guru atau para pendidik selaras dengan tema "Guru Pencetus Kecemerlangan Murid".

'Berteduh gembala di pohon ceri,
Akibat panas sang matahari,
Mana mungkin dapat di cari,
Pengetua cemerlang lagi bistari.